Hikmah Ayatul Kursi
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali bin Abi Talib-Rasulullah bersabda :
''Tidak ada siapa-siapa yang membaca Ayatul Kursi dalam sebuah rumah
melainkan syaitan menyingkirkan diri , dan tidak dimasuki oleh perbuatan
sihir , Hai Ali ajarkanlah dia kepada anak isterimu , keluargamu , dan
tetanggamu .
Terdapat dalam tafsir Bahrum-Ulum , menyatakan :-
Rasulullah s.a.w bersumpah dengan kebenaran nama ALLAH dan kudrat
kuasanya telah bersabda siapa-siapa mempelajari Ayatul Kursi dan
mengetahui bnar-benar akan hak ayat itu , ALLAH s.w.t , akan membukakan
lapan pintu syurga baginya dipersilankan olehnya sendiri.
BERKAT AYATULKURSI
Al-Hassan bin Syam'un meriwayatkan daripada Saidatina Aisah r.a anha berkata:
Datang seorang sahabat mendapatkan Rasulullah dan mengadu bahawa kekurangan berkat dirumah tangganya .
Jawap Rasulullah s.a.w dimanakah engkau dari ayatul Kursi ?
Ayatul Kursi itu tidak dibacakan pada suatu makanan melainkan ada
berkatkanya .
Ulamat mengambil daripada hadis itu dan mnerangkan , Ayatul Kursi
sebanyak 313 kali pada apa sahaja makanan dan minuman ditiupkan
tiap-tiap kali bacaan pada makanan dan minuman itu, akan bertambah
berkat dngan izin ALLAH.
KANDUNGAN AYATUL KURSI
Ayatul Kursi mengandungi 16 fasal , tersusun dari 50 perkataan,
dirangkai sebanyak 170 hruf, bilangan ini adalah bilangan yang terpilih .
Siapa mengekalkan membaca AYAT KURSI '' sebanyak bilangan tersebut ,
tidak ada suatu yang dituntuk olehnya melainkan berhasil , memerangkan,
digerun , dan dihormati . Tiada siapa yang boleh menyusahkan sama ada
dengan perbuatan atau perkataan .

No comments:
Post a Comment